Isnin, 15 November 2010

SELAMAT BERCUTI


Tsau bin Maidin
Guru Besar SK Obah Beluran

MESEJ CUTI AKHIR TAHUN

Hari ini merupakan hari kedua akhir sesi persekolahan Tahun 2010. Esok merupakan hari terakhir kerana 18hb dan 19hb sudah diganti persekolahannya pada hari Sabtu sebelum dan sebelumnya. 17hb pula cuti umum Hari Raya Aidil Adha.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua staf akademik dan staf bukan akademik SK Obah Beluran. Semoga kalian akan selamat hendaknya dalam perjalanan pulang bercuti ke tempat asal atau lokasi percutian masing-masing.

Saya juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid SK Obah. Namun ingatlah selalu, kita hanya cuti dari datang ke sekolah tetapi buku anak-anak sekalian tidak pernah ikut bercuti. Sebab itu pihak sekolah membekalkan buku teks untuk tahun depan lebih awal kepada anak-anak murid sekalian.Tujuannya supaya sepanjang cuti akhir tahun ini, anak-anak tidak lupa belajar di rumah. Ini penting supaya apabila pemebelajaran bermula tahun hadapan, anak-anak sekalian sudah mempunyai sedikit pengetahuan mengenai topik-topik yang akan dipelajari nanti. Anak-anak sekalian jagalah diri sama ada keselamatan atau kesihatan sepanjang cuti persekolahan ini, supaya anak-anak akan hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan Tahun 2011 iaitu pada 03 Januari 2011.

Sebelum menutup dan meninggalkan sekolah, sila pastikan :

01. Semua peralatan dan harta benda sekolah telah dikemas, disimpan
      dan tersusun selamat.
02. Kawasan luar dan dalam sekolah bersih.
03. Semua pintu telah dikunci.
04. Semua sambungan eletrik yang tidak seharusnya disambung telah diputuskan.
05. Surat edaran mengenai tarikh sekolah dibuka semula kepada ibu bapa
      atau penjaga murid telah diedarkan.
06. Semua terimaan wang (KWK/SUWA telah diakaunkan ke dalam bank.

Sepanjang cuti akhir tahun ini, sila pastik RPT Tahun 2011 disiapkan. RPH untuk minggu pertama dan kedua Januari 2011 disediakan. Hal ini sangat penting supaya pada hari pertama persekolahan tahun 2011 proses P&P berjalan seperti biasa. Agihan subjek kepada guru kekal seperti sekarang dan Jadual Waktu Induk berdasarkan JWI Siri 4 Tahun 2010.

Sekolah akan dibuka semula 03 Januari 2011. Maka itu, semua staff akademik dikehendaki kembali bertugas pada 01 Januari 2011. Pada hari dan minggu pertama persekolahan tahun 2011 semua cuti untuk AKS dibekukan. Pada 02 Januari 2011 kita akan menyusun semula kerusi dan meja di bilik-bilik darjah. Sebelah petang kita akan mengadakan mesyuarat pemurnian Takwim Sekolah Bagi Tahun 2011. Perkara ini harap diambil maklum.

Sekali lagi saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Bagi pihak sekolah saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, semua AKS, semua murid, semua ibu bapa atau penjaga murid, masyarakat kampung dan pengurusan estet-estet sekitar sekolah, kerana kerja kuat, pengorbanan dan kerjasama yang diberikan kepada saya dan sekolah sepanjang tahun 2010. Terima kasih banyak-banyak. Saya juga bagi pihak diri saya dan keluarga saya, memohon maaf atas kesilapan atau kekasaran bahasa sepanjang tahun ini. Yang baik jadi teladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Selamat bercuti dan Selamat Berjumpa pada 01 Januari 2011. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan