Aktiviti

HARI KEMUNCAK RIMUP DAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2010

SK Obah Beluran terus berusaha ke arah pembentukan insan murid yang memahami erti kemerdekaan negara dan menjadikan perpaduan sebagai teras ke arah mengekalkan kemerdekaan negara. Justeru itu, sekolah turut sama menyambut 16 September iaitu Hari Pembentukan Malaysia dengan mengadakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Tahun 2010 dan Hari Kemuncak RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan). Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah:-
1) Ucapan Merdeka oleh Guru Besar SK Obah
2) Nyanyian Lagu-lagu Patriotik
3) Sukaneka                a) Bowling Botol Mineral
                                   b) Rebut Kerusi Kategori Murid dan Staff
                                   c) Tarik Tali
                                   d) Semakin Jauh Semakin Sayang
                                   e) Perlawanan Sepaktakraw Persahabatan
                                   f)  Perlawanan Bolasepak Persahabatan
                                   g) Perlawanan Bola Jaring Persahabatan
                                   h) Jamuan Hari Raya PIBG

Oleh kerana kekurangan wang dan tiada peruntukan khas kokurikulum pada tahun ini, maka kebanyakan acara hanya melibatkan murid dan guru sahaja. Hadiah berbentuk 'hamper' disediakan untuk tempat Pertama, Kedua dan Ketiga sahaja dan akan disampaikan pada Majlis Pembukaan STARS Kali Ke-IX.

Tahniah kepada Jawatankuasa, guru-guru, murid dan ibu bapa yang telah menjayakan hari yang aman dan harmoni ini.

Gambar-Gambar Kenangan RIMUP dan PBK 2010


 Cg Hasnie Sawal (PK1), Cg Ronnie Pilen (PKHEM), Cg Tsau Maidin (GB)


Murid dan guru menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat

Cg Rainol dan Cgu Ahidah- Juruacara

Cg M Syukri, Cg A Faiz dan PPM Agus membantu murid








Cgu Sitti, Cg Sabir, Cg M Farriz bersama murid


Murid dan guru berpadu dalam irama patriotik













KEM MOTIVASI UPSR 2010

Pada 16 - 18 April 2010, Pelajar-pelajar Pasca Siswazah SPPS UMS telah mengadakan Kem Motivasi UPSR 2010 dengan tema "Scaling Up Education In Comunity". Kem motivasi ini berpusat di SK Sungai-sungai dan menggabungkan 3 buah sekolah, SK Binsulung, SK Sungai Sungai dan SK Obah. SK Obah telah menghantar 10 orang murid ke kem motivasi tersebut. Selain itu seramai 4 orang guru turut mengiringi murid, diketuai sendiri oleh Cg. Tsau Maidin (Guru Besar). Guru pengiring lain termasuklah Cg. Sabir Abd Kadir, Cgu. Sitti Hajariyah Bandu dan Cgu. Imsaninie Mohd Na'im.

Aktiviti murid antara lain ialah
a) Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
b) Ujian Soalan UPSR
c) Sukaneka
d) Bengkel Matematik (Kira Cepat)

Aktiviti guru pula termasuklah
a) Ceramah
b) Bengkel SKPM
c) Sukaneka

 Murid-murid sedang khusyuk mendengar ceramah
 Murid-murid mengikuti aktiviti luar bilik darjah (sukaneka), yang mempunyai kaitan dengan ceramah atau bengkel di bilik darjah

Kelihatan adik Raizul, Rajeswaran, Razali dan Mohd Adha (murid SK Obah) bersama murid-murid dari sekolah lain.

Para peserta dengan laungan "We are No. 1" 

Adik Raizul menunjukkan wang yang dimenangi kerana berjaya menjawab soalan yang dikemukakan para pelaksana program.

Cg Sabir, Cgu Imsaninie dan Cgu Sitti Hajariyah dengan gaya tersendiri bergambar kenangan semasa kem berlangsung.

Pameran buku turut diadakan. Murid-murid pedalaman ini berpeluang membeli buku rujukkan UPSR seperti murid-murid di bandar.

YBhg. Dr Khalid Johari, Ketua Program Pascasiswazah SPPS UMS, sedang menyampaikan ucapan di majlis penutupan kem.













AKTIVITI

Kepada pengurusan blog SK Obah Beluran sila ambil makluman dan perhatian. Anda boleh mengemaskini halaman aktiviti ini dengan catatan dan gambar-gambar yang berkaitan dengan aktiviti sekolah. Anda juga boleh mengiklankan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sekolah di sini. Sekian, terima kasih. Selamat Hari Raya..