Isnin, 15 November 2010

SELAMAT BERCUTI


Tsau bin Maidin
Guru Besar SK Obah Beluran

MESEJ CUTI AKHIR TAHUN

Hari ini merupakan hari kedua akhir sesi persekolahan Tahun 2010. Esok merupakan hari terakhir kerana 18hb dan 19hb sudah diganti persekolahannya pada hari Sabtu sebelum dan sebelumnya. 17hb pula cuti umum Hari Raya Aidil Adha.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua staf akademik dan staf bukan akademik SK Obah Beluran. Semoga kalian akan selamat hendaknya dalam perjalanan pulang bercuti ke tempat asal atau lokasi percutian masing-masing.

Saya juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid SK Obah. Namun ingatlah selalu, kita hanya cuti dari datang ke sekolah tetapi buku anak-anak sekalian tidak pernah ikut bercuti. Sebab itu pihak sekolah membekalkan buku teks untuk tahun depan lebih awal kepada anak-anak murid sekalian.Tujuannya supaya sepanjang cuti akhir tahun ini, anak-anak tidak lupa belajar di rumah. Ini penting supaya apabila pemebelajaran bermula tahun hadapan, anak-anak sekalian sudah mempunyai sedikit pengetahuan mengenai topik-topik yang akan dipelajari nanti. Anak-anak sekalian jagalah diri sama ada keselamatan atau kesihatan sepanjang cuti persekolahan ini, supaya anak-anak akan hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan Tahun 2011 iaitu pada 03 Januari 2011.

Sebelum menutup dan meninggalkan sekolah, sila pastikan :

01. Semua peralatan dan harta benda sekolah telah dikemas, disimpan
      dan tersusun selamat.
02. Kawasan luar dan dalam sekolah bersih.
03. Semua pintu telah dikunci.
04. Semua sambungan eletrik yang tidak seharusnya disambung telah diputuskan.
05. Surat edaran mengenai tarikh sekolah dibuka semula kepada ibu bapa
      atau penjaga murid telah diedarkan.
06. Semua terimaan wang (KWK/SUWA telah diakaunkan ke dalam bank.

Sepanjang cuti akhir tahun ini, sila pastik RPT Tahun 2011 disiapkan. RPH untuk minggu pertama dan kedua Januari 2011 disediakan. Hal ini sangat penting supaya pada hari pertama persekolahan tahun 2011 proses P&P berjalan seperti biasa. Agihan subjek kepada guru kekal seperti sekarang dan Jadual Waktu Induk berdasarkan JWI Siri 4 Tahun 2010.

Sekolah akan dibuka semula 03 Januari 2011. Maka itu, semua staff akademik dikehendaki kembali bertugas pada 01 Januari 2011. Pada hari dan minggu pertama persekolahan tahun 2011 semua cuti untuk AKS dibekukan. Pada 02 Januari 2011 kita akan menyusun semula kerusi dan meja di bilik-bilik darjah. Sebelah petang kita akan mengadakan mesyuarat pemurnian Takwim Sekolah Bagi Tahun 2011. Perkara ini harap diambil maklum.

Sekali lagi saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Bagi pihak sekolah saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, semua AKS, semua murid, semua ibu bapa atau penjaga murid, masyarakat kampung dan pengurusan estet-estet sekitar sekolah, kerana kerja kuat, pengorbanan dan kerjasama yang diberikan kepada saya dan sekolah sepanjang tahun 2010. Terima kasih banyak-banyak. Saya juga bagi pihak diri saya dan keluarga saya, memohon maaf atas kesilapan atau kekasaran bahasa sepanjang tahun ini. Yang baik jadi teladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Selamat bercuti dan Selamat Berjumpa pada 01 Januari 2011. 

Rabu, 10 November 2010

TAHNIAH DAN TERUSKAN USAHA UNTUK TAHUN 2011

Keputusan UPSR 2010 menunjukkan peningkatan yang baik iaitu:-

a) Prestasi Sekolah - Bilangan Lulus Penuh 3 daripada 14 orang calon bersamaan 21.43%.
                                 Peningkatan sebanyak 21.43% berbanding 0% pada tahun 2009.
b) Pencapaian Calon - 1 orang murid mendapat 1A3B1C
c) Beza Dengan Sasaran - 28.57%
d) Jarak dari Sasaran /KPI 2011 - 38.57%
e) Beza GPS 2009 / 2010 - 0.96 (4.1 - 3.14)
f) Subjek Kritikal - Bahasa Inggeri dengan prestasi 21.43%
g) Bilangan Near Miss Lulus - 2 orang ( 1D setiap orang)

Keputusan ini menunjukkan peningkatan. Maka itu saya mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada Penolong Kanan 1 dan semua guru dan staf bukan akademik SK Obah atas usaha yang bersungguh-sungguh sehingga sekolah keluar dari kelompok 0%. Ini satu kejayaan yang kita boleh gembira tetapi belum cukup untuk dibanggakan.

Keputusan ini juga menunjukkan kita perlu berusaha lebih gigih pada tahun 2011. Ini kerana KPI kita pada tahun 2011 ialah 60%. Kita baru berada di garisan 21.43% iaitu perbezaan negatif 38.57% berbanding KPI 2011. Saya amat berkeyakinan kita boleh mempositifkan perbezaan itu berdasarkan komitmen kerja yang ditunjukkan sepanjang tahun 2010. FAJAR 2010 saya yakin masih releven kita teruskan menjadi FAJAR 2011. Saya yakin dengan adanya pelan reengineering, program FAJAR boleh dan mampu menjadi satu tool untuk mencapai KPI 2011.

Akhir sekali, tahniah rakan-rakanku dan bina satu azam baru untuk berusaha lebih cemerlang pada Tahun 2011. Sekalung penghargaan kepada semua staf akademik dan bukan akademik, murid-murid dan ibu bapa murid.

Daripada
TSAU BIN MAIDIN
Guru Besar SK Obah Beluran

Isnin, 8 November 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH (HAKS) 2010

SK Obah akan menjayakan Majlis HAKS 2010 pada 15 November 2010 bertempat di Dewan Sekolah, SK Obah Beluran, bermula jam 9.00 pagi hingga jam 11.30 pagi. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengiktiraf pencapaian murid, staff akademik dan bukan akademik dan ibu bapa murid sepanjang tahun 2010. Majlis ini merupakan program tahunan sekolah. Antara anugerah yang akan disampaikan seperti yang terkandung dalam Kertas Konsep HAKS 2010 (oleh Cikgu Mohd Farriz bin Muhammad) adalah seperti berikut:-

6.0      Anugerah Yang Akan Disampaikan

6.1         Anugerah Kedudukan 3 Terbaik di dalam kelas berdasarkan PKSR Semester  2, 2010 bagi Prasekolah hingga Tahun 6.
6.2         Markah Terbaik bagi setiap Matapelajaran teras mengikut tahap:
6.2.1     – Bahasa Melayu
6.2.2     – Bahasa Inggeris
6.2.3     – Matematik
6.2.4     – Sains
6.2.5     – Pendidikan Islam/Moral
6.3         Anugerah Kehadiran Terbaik untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6
6.4         Anugerah Kelas Terbaik ( Berdasarkan peratus murid lulus penuh bagi semua matapelajaran teras )
6.5         Anugerah NILAM ( Nilai Murni Amalan Membaca )
6.6         Anugerah Murid Terbaik ( Berdasarkan pencapaian akademik, ko-kurikulum dan sahsiah )
6.7         Anugerah Murid Teladan
6.8         Anugerah Kakitangan Sokongan Terbaik
6.9         Anugerah Guru Dedikasi
6.10      Anugerah PIBG
6.11      Anugerah Ibu Bapa Contoh
6.12      Penerima Sijil Tamat Persekolahan Rendah ( Murid Tahun Enam )
6.13      Penerima Sijil Graduasi Murid Prasekolah


Majlis ini dijangka akan disempurnakan oleh Pengurus Kawasan, Ladang Mamahat, Tabung Haji Plantation.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur HAKS 2010 dan tahniah kepada semua penerima anugerah.

Isnin, 1 November 2010

MINGGU PEPERIKSAAN PKSR 2/2010

SK Obah Beluran sedang menjalankan penilaian akhir tahun 2010 iaitu PKSR 2/2010
dari 01 hingga 05 2010

Pengurusan SK Obah mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PKSR 2/2010 kepada semua murid SK Obah Beluran. Semoga kejayaan akan mengiringi murid-murid sekalian.
Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang telah menunaikan amanah mendidik sepanjang tahun 2010 ini. Jasa cikgu-cikgu amat besar dalam usaha membina insan modal yang dihasrat oleh negara. Teruskan perjuangan !!!!

Daripada:-
Unit Kurikulum dan Pentadbiran
SK Obah Beluran

Jumaat, 1 Oktober 2010

STARS IX 2010 SK.OBAH

STARS IX 2010, SK Obah akan berlangsung pada 07 September 2010 hingga acara kemuncak pada 08 September 2010. Pelbagai acara yang menjanjikan saingan hebat dari para peserta wakil dari rumah sukan masing-masing. Rumah sukan yang terlibat antaranya Rumah Wira, Satria dan tidak ketinggalan Waja. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan saingan yang sengit yang bakal berlangsung di Padang 1Malaysia SK Obah, Beluran.

Selasa, 7 September 2010

KALENDAR SEKOLAH SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI HIINGGA 08 OKTOBER 2010

16 SEPTEMBER 2010 - Majlis Ringkas Penurtupan Bulan Kemerdekaan Ke-53 dan Rumah Terbuka  
                                       Hari Raya Aidilfitri 2010. Semua staff diminta menderma 1 Jalur Gemilang dan 1 
                                       Bendera Sabah. Bawa juga kuih muih raya dari rumah untuk dikongsikan semasa
                                       RTHRA 2010.
21 - 23 SEPT 2010 -      Peperiksaan UPSR 2010
22 SEPT 2010   -            Mesyuarat Kokurikulum Bil. 2/2010
01 OKTOBER 2010    - STARS KE-IX (Tarikh cadangan. Tarikh muktamad ditentukan pada 22 Sept 2010)
04 - 08 OKT 2010       - Penyeliaan Pengurusan Sekolah Oleh Dr. Mohd Zaki (UMS)

Semua staff sila ambil perhatian. Terima kasih.