Info

SEJARAH SEKOLAH


LATAR BELAKANG SEKOLAH
SK Obah adalah merupakan sebuah sekolah Pedalaman 2 yang terletak di Zon Sugut 1 dalam Daerah Beluran. Jarak sekolah dari PPD Beluran adalah sejauh 260 km mengambil masa selama 5 jam lebih dengan menaiki kereta pacuan 4 roda. Jika musim tengkujuh perjalanan bergantung kepada cuaca di mana mungkin berlaku banjir dan tanah runtuh.

Sekarang SK Obah mempunyai kekuatan 9 orang guru, 1 orang kerani, 3 orang pengawal keselamatan dan 2 orang pekerja pembersihan. Murid Tahun 6 seramai 14 orang, 5 lelaki dan 9 perempuan. Murid Tahun 5 seramai 12 orang, 6 lelaki dan 6 perempuan. Murid Tahun 4 seramai 10 orang, 4 lelaki dan 6 perempuan. Murid Tahun 3 seramai 15 orang, 10 lelaki dan 5 perempuan. Murid Tahun 2 seramai 10 orang, 6 lelaki dan 4 perempuan. Murid tahun 1 seramai 13 orang, 7 lelaki dan 6 perempuan. Murid Pra-Sekolah seramai 11 orang, 6 lelaki dan 5 perempuan. Jumlah keluruhan pelajar SK Obah ialah 85 orang murid dengan 43 lelaki dan 42 perempuan.

SK Obah mempunyai 2 unit bangunan sekolah konkrit dan 1 unit bangunan sekolah kayu. Ini termasuklah 6 buah bilik darjah ubahsuai, sebuah pusat sumber sekolah, sebuah bilik ICT, sebuah bilik guru dan pejabat pentadbiran, sebuah dewan, sebuah makmal serbaguna, sebuah stor SPBT dan stor P&P. Sekolah juga mempunyai sebuah padang, namun padang ini tidak cukup untuk acara balapan 200 meter.

SK Obah juga mempunyai 2 unit rumah guru konkrit 4 pintu dan 1 unit rumah guru kayu 2 pintu. Buat masa ini, 1 pintu rumah kayu tersebut dijadikan sebagai asrama sementara bagi pelajar yang rumahnya jauh dari sekolah. Manakala 1 pintu lagi rumah kayu tersebut diduduki oleh kerani sekolah.

MISI
Mencurahkan bakti dan khidmat pendidikan terbaik kepada murid dengan mengamalkan etika kerja yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan murid yang cemerlang, berprestasi tinggi dan berketerampilan.

VISI
SK Obah menjadi sekolah pedalaman pertama di Daerah Beluran yang mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2015.

LAGU SEKOLAH
SK. Obah sekolahku,
Megah berdiri indah sekali,
Menjadi lambang sumber ilmu,
Kau sekolahku.

SK. Obah sekolahku,
Menyatukan seluruh bangsaku,
Kami berikrar penuh setia,
Maju dan Jaya.

Berkibar benderamu itu,
Menyahut seruan wawasan,
Menjayakan cita-cita,
SK. Obah sekolahku.

SK. Obah sekolahku,
Jasamu tak akan dilupa,
Kami bertekad penuh yakin,
Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

Senikata: Cikgu Sharifuddin dan
                     Cikgu Tsau Maidin
Lagu: Cikgu Sharifuddin


LOGO SEKOLAH

Bulan Sabit =
Melambangkan Islam sebagai agama rasmi dan dianuti oleh   98% murid SK. Obah. Agama adalah dasar untuk mencapai kecemerlangan.

Gunung Kinabalu =
Lambang ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada bumi Sabah dan Negara Malaysia. Segala yang dilakukan adalah untuk keunggulan bumi yang tercinta ini.

Gerbang =
Gerbang yang berbentuk Kubah adalah bermaksud pintu ke arah kejayaan dan kecemerlangan yang sentiasa terbuka luas untuk murid-murid SK. Obah.

Lima Gelung
=
Bermaksud kegiatan Kokurikulum yang menjana kecemerlangan Kurikulum.

Buku =
Pendidikan Formal di sekolah ini menjanjikan kejayaan kepada murid-murid SK. Obah.

4 Bintang =
Melambangkan keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Bintang yang lebih besar melambangkan Intelek. Bintang di atas melambangkan Rohani. Bintang Kiri dan Kanan ialah Jasmani dan Emosi. Kejayaan dan Kecemerlangan sekolah ini diukur dari segi pembangunan seimbang keempat-empat elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.

Warna Merah =
Berani menyahut cabaran dan kekangan dalam usaha menimba ilmu untuk menempah kcemerlangan hidup.

Warna Biru =
Semangat bersatu padu untuk mencapai kejayaan.

Warna Kuning =
Kedaulatan undang-undang dan peraturan sekolah, yang perlu dipatuhi.

Warna Hijau = Keinginan yang tinggi menimba ilmu pengetahuan yang diterjemahkan melalui kegigihan belajar.

Pelukis Logo: Ust. Zawawi Hj. Kassim
Definisi : Cikgu Tsau bin Maidin

BENDERA SEKOLAH







Maksud Warna:
Warna Biru =
Semangat bersatu padu di kalangan staff dan murid untuk mencapai kejayaan sekolah dalam Kurikulum, Kokurikulum, Pengurusan, HEM, Keceriaan dan semua bidang pendidikan.

Warna Kuning =
Kedaulatan undang-undang dan peraturan sekolah, yang perlu dipatuhi oleh murid dan Perintah Am, Pekeliling serta lain-lain peraturan perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh staff.

Warna Hijau
=
Keinginan yang tinggi menimba ilmu pengetahuan yang diterjemahkan melalui kegigihan belajar staff dan murid.