16 SEPTEMBER 2010 - Majlis Ringkas Penurtupan Bulan Kemerdekaan Ke-53 dan Rumah Terbuka
Hari Raya Aidilfitri 2010. Semua staff diminta menderma 1 Jalur Gemilang dan 1
Bendera Sabah. Bawa juga kuih muih raya dari rumah untuk dikongsikan semasa
RTHRA 2010.
21 - 23 SEPT 2010 - Peperiksaan UPSR 2010
22 SEPT 2010 - Mesyuarat Kokurikulum Bil. 2/2010
01 OKTOBER 2010 - STARS KE-IX (Tarikh cadangan. Tarikh muktamad ditentukan pada 22 Sept 2010)
04 - 08 OKT 2010 - Penyeliaan Pengurusan Sekolah Oleh Dr. Mohd Zaki (UMS)
Semua staff sila ambil perhatian. Terima kasih.
Selamat datang ke blog rasmi SK Obah, Beluran. Blog ini masih dalam pembangunan. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Selasa, 7 September 2010
Ahad, 5 September 2010


Salam hormat dan Salam 1Malaysia
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua staff, murid dan ibu bapa / penjaga murid SK Obah Beluran. Maaf Zahir dan Batin. Saya berhajat untuk berkunjung ke rumah terbuka pada hari raya nanti. Tetapi kalau tidak berkesempatan, saya mohon dimaafkan. Harapan saya semoga kebahagiaan dan kegembiraan sentiasa mengiringi kalian. Kepada yang memandu, memandulah dengan berhati-hati. Semoga kita berjumpa dalam keadaan sihat walafiat pada 15 September 2010 di sekolah. Khas buat calon-calon UPSR 2010, jangan abaikan masa yang ada. Ingatlah bahawa peperiksaan UPSR akan berlangsung sejurus selepas cuti perayaan ini. Sekali lagi,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Rabu, 1 September 2010
Solat Hajat Perdana
Bersempena dengan Peperiksaan UPSR yang bakal tiba, satu Program Solat Hajat Perdana telah diadakan. Program ini adalah salah satu daripada komponen Program FAJAR 2010. Program ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 1 September dan 2 September 2010. Program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada ibu, bapa dan penjaga murid Tahun 6.
Langgan:
Catatan (Atom)